Thursday, May 22, 2014

Terima Kasih Semua

Masa kecik, aku tak pandai baca buku, tak pandai tulis, tak pandai mengaji. Yang aku tahu, keluar rumah pergi main kejar2 dengan kawan. Bila dah besar sikit, waktu main tu dah dikurangkan sebab ibu dengan ayah suruh belajar. Ibu cakap, kalau nak pandai, kena belajar. Ayah cakap, orang pandai ramai orang suka. Maka dari ayah dengan ibu, aku mula belajar. Ibu dengan ayah tak putus2 beli buku. Bila ada waktu lapang atau hari minggu, ibu akan duduk sama2 dengan aku untuk membaca. Tak kisah lah buku apa pun, yang penting aku kena membaca biar lancar. Kebiasaan dan memang menjadi rutin harian, lepas solat Maghrib, ayah akan ajar mengaji. Ayah tegas. Salah sikit kena marah. Cuai katanya. Begitulah aktiviti harian aku sehinggalah masuk ke alam sekolah.

Bila dah masuk alam sekolah, lain pula jadual. Dekat sekolah, ada cikgu yang mengajar. Setiap subjek berlainan cikgu. Cikgu lawa2, hensem2 dan garang2.. Emm :( Aku budak yang lemah dalam matematik. Setiap kali periksa selalu gagal (aku bingai bab mengira) Cikgu selalu bagi latihan banyak untuk aku buat tapi aku selalu tak siap sebab aku tak tahu nak buat macam mana. Bila selalu tak siap, cikgu marah. Bila Parents Day, aku selalu takut sebab cikgu akan bagitahu ayah dan ibu tentang aku. Aku budak yang passive dalam kelas, tak berkawan dan bingai (sebab tu soalan simple maths aku tak boleh jawab) Cikgu selalu bagitahu benda yang sama dekat ibu dan ayah. So, ibu dgn ayah decide untuk buat jadual dekat rumah. Subjek maths jadi tumpuan. Takpe. Aku okey lagi. Ibu gigih beli buku latihan Maths untuk aku tapi malangnya, aku gagal siapkan jugak. Aku dah cakap aku bingai bab mengira, korang tak nak caye.. Ibu dengan ayah susah hati. Ibu hantar tuisyen, ayah panggil tutor tapi semua tak menjadi. aku sendiri pun sedih sebab tak mampu nak mengira. Tapi Alhamdulillah, masa UPSR dapat B. Makanya aku tak kena marah dengan ayah sebab Maths elok.

Bila masuk sekolah menegah, dugaan dia banyak. Dugaan belajar, dugaan berkawan, dugaan ingin mencuba segala benda yang ada dan dugaan yang menduga kehidupan. Ibu selalu jadi pemerhati dekat sekolah. Ibu selalu bagi nasihat, motivate dan kadang membebel so that aku tak terpengaruh dengan kawan2. Dengan keadaan yang macam ni, aku tak ramai kawan. Kawan aku cuma guru2 yang mengajar aku dekat sekolah. Subjects dekat sekolah menengah lagi susah but well, ni Eja lah. Aku boleh buat. Alhamdulillah result makin lama makin elok kadang ada jugak yang terjatuh sikit. Bila dah masuk Form 4. aku tukar sekolah. Aku masuk teknik (Aku tak apply MRSM sbb aku tak minat sains tulen. Sbb tu aku pergi teknik) Ni adventure sikit sebab aku dah start aktif. Attitudes aku pun slowly berubah tapi apa pun pelajaran aku still okey eaa. Aku sedar. Ibu pun sedar. Ibu tak jemu bagi nasihat sampai lah satu hari, Cikgu disiplin dan Cikgu Kaunseling panggil. Aku tahu aku ada buat salah. Start daripada hari tu, aku dibawah pemantaun semua cikgu. Serious talk rasa sangat tak selesa sebab semua cikgu focus dekat kau macam. I feel like, I'm a LOSER! Lama lepas tu aku sedar, aku salah. Aku nekad nak berubah. So aku focus belajar. Alhamdulillah, even tak capai target =(

Bila masuk kolej, aku jadi sikit tak terurus sebab takde ibu. Aku ada kawan. Daripada kawan, aku belajar cara nak adapt kehidupan sendiri. (Aku tak penah duduk asrama) Aku rasa jangal sebab aku tak pernah kongsi barang dengan orang, aku tak pernah kongsi bilik dengan strangers dan yang paling ketara aku tak pandai spend duit kalau takde ibu. Roommates aku tak jemu guide aku. Ajar aku banyak benda. Dengan apa yang diorang ajar, aku berjaya hidup berdikari dekat KL. I'm so so happy and proud of myself.

Sedar tak sedar, semua orang dekat sekeliling ni adalah cikgu. Cuma nyata atau tak. Our first teacher is our parents. They are the best teacher because they teach us a lot informally. Kemudian diikuti dengan cikgu dekat sekolah dan kolej. Tak cukup dengan tu, kawan2 kita pun boleh jadi cikgu sebab bila mak ayah takde, mereka yang tolong kita. Just like my case, my friends teach me on how to be more independent and I made it! Yeayy me!! :)  So remember, cikgu tak semestinya dari golongan pihak sekolah yang korang panggil cikgu atau teacher. Parents also can be our teacher and people around us too.. 

Well, aku tahu ini agak lambat untuk semua tapi aku peduli apa. Aku nak jugak cakap

"SELAMAT HARI GURU"

buat semua guru yang pernah mengajar anak kecil yang bernama Farah Izzah bt Azmee, my parents & semua yang terlibat ; tak kisah lah ajar masak ke, berdandan ke, ber-dress-up ke, menari, menyanyi, etc.. Terima Kasih Semua kerana tanpa anda siapalah daku  *cewahh :)c* 


No comments:

Post a Comment