Rasulullah  SAW bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya  sibuk  dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di   bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara   kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke   rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba   memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang  telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.  
Tapi lelaki kacak  itu berkata : 'Dia adalah temanku, dia adalah  kawanku. Aku takkan  meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika  kamu ditetapkan untuk  menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh  meninggalkannya sehingga  aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'  
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata:  'Aku adalah Al-Quran,  yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan  suara yang nyaring dan  kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan  bimbang. Selepas soal  siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan  bersedih.'  
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada  Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang  dipenuhi bauan kesturi   
Rasulullah  (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Di hari  pengadilan, di  hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya  daripada Quran,  mahupun dari nabi atau malaikat.'  
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua, kerana ; 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
No comments:
Post a Comment